Selasa, 30 Jun 2009

manusia punya nafsu???


setiap manusia punya nafsu?? apa perbezaan bagi setiap tuan empunya nafsu??? bezanya adalah bagaimana kita mengawal nafsu kita.... dalam apa jua keadaan pun kita berbalik semula pada fitrah kehidupan kita... jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup kita... jika tidak mampu mengawal nafsu, puasalah dengan sepenuh hati serta jadikanlah zikir sebagai peneman diri.

Isnin, 29 Jun 2009

siapa kita?

ramai di antara kita keliru siapakah kita yang sebenarnya.......

kita adalah hamba yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk beribadah kepadanya.... sedarkah kita... sebagai hamba banyak tanggungjawab yang kita perlu laksanakan terhadap "tuan" kita... kita selalu lalai dan leka dengan tanggungjawab kita tanpa kita sedari bahawa 'tuan' kita sentiasa memerhatikan kita di Arasy Nya.....

ingatlah wahai hamba Allah.... tunaikanlah tanggungjawab kita selagi hayat dikandung badan....

Apa yang kita cari sebenarnya......



apa yang sebenarnya kita inginkan dalam hidup ini???? adakah kita mahukan kemewahan dalam hidup? pasangan yang secocok dengan kita??? ataupun kita mahukan hidup kita sentiasa di dalam keredhaan Allah....


jika kita mengejar kehidupan dunia, maka dunialah yang akan kita dapat..... dan jika kita mengejar kehidupan di akhirat, segala amalan kita akan menuju ke arahnya..... dalam hidup ini bukan keredhaan manusia yang diletakkan sebagai keutamaan... yang paling penting adalah keredhaan yang maha esa......