Ahad, 31 Januari 2010

Perginya Seorang Guru


Minggu lepas adalah minggu yang agak busy buat diriku dan ahli-ahli JPUK. Mana taknya, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Tuan Haji Johar Bin Othman akan bersara setelah 20 tahun 8 bulan menabur bakti dalam bidang pendidikan. Bayangkan dalam bulan ni, saya dan rakan-rakan lain kna menguruskan 4 perhimpunan yang agak besar dan memerlukan kami bekerja tanpa mengira masa. Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak semua perhimpunan tu dapat dilaksanakan. apa yang lebih menggembirakan saya ialah pihak pengurusan amat berpuas hati dengan hasil kerja kami dan buat masa ini kami perlu mengekalkan prestasi sedia ada.

berbalik kepada majlis perpisahan Tuan Haji Johar. sebenarnya majlis persaraan Tuan Haji Johar telah bermula pada 27 Januari 2010 dengan Malam Seribu Kenangan. Malam tu saye dapat job untuk jadi waiter.. trm kasih buat kelab staff akademik yang telah menaja bow untuk kami. yang syoknye.. terasa macam waiter profesional plak... padahal 'waiter pelatih je' hehehehe. banyak benda di luar jangkaan berlaku malam tu.. firstly, Encik Roselan Bin Ahmad, Pemangku Timbalan Pengarah yang selama ni saye x pernah tgk die menyanyi, menyanyi satu lagu untuk Timbalan. yang paling x disangka lg, Cik Hajah Salbiah, KJ HEP, pun menyanyi... semuanya atas dasar demi sahabat... begitulah ikatan ukhwah yang amat akrab antara mereka..

pastu 29 Januari 2010 pulak, majlis kemuncak... Timbalan diarak keliling maktab dengan menaiki Hilux KJ JAPIM, Ustaz Tajuddin dengan diiringi konvoi AFZAN BIKERS dan bbudak maktab yang lain... memang agak grand la...Ucapan Haji Johar agak panjang gak... die ckp pasala dah nak bersara tu yang panjang.. ms tu gak ade dua timbalan pengarah IPG zon timur iaitu Haji Zainuddin dari IPGKSM dan Haji Solahuddin dari IPGKDRI.. so kami kna la wat yang terbaik dan kna jg nama baik maktab kami...

*Buat Tuan Haji Johar, saya doakan tuan haji akan sentiasa sihat sejahtera dan yang penting sekali Tuan Haji sentiasa dalam perlindungan yang maha esa. SELAMAT BERSARA CIKGU.....

Rabu, 13 Januari 2010

Semangat 'anak' PENGARAH AFZAN

sepanjang balik ke maktab ni, aku rasa banyak sangat dugaan yang menimpa diriku... bermula dari menjejakkan kaki ke bumi lipis ni dari kampung, aku telah disahkan menghidap beberapa penyakit orang "rajin"...

namun aku pasrah atas segalanya.... mungkin ada hikmah di sebalik semua tu.... walaupun kesakitan itu menimpa diriku semangatku untuk terus berbakti di bumi afzan ni tak pernah luntur... balik-balik je dah kena uruskan tentang Majlis Perhimpunan bersama ayahanda tercinta, Dato' Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah IPG KTAA.... ms meeting pertama tu dah terasa semacam je badan.. tapi bila tengok anak-anak buah yang lain hepi dan bersemangat secara tak langsung sakit pada malam tu pun hilang sikit...lagi pulak malam tu En roselan belanja makan sebelum meeting... tambah lagi la semangat nak meeting...

Alhamdulillah perhimpunan tu berjalan dengan lancar walaupun ada masalah-masalah teknikal yang timbul.....

pastu ade satu malam, dapat la turun surau dan ustaz Zulkarnain lec JAPIM wat kuliah pasal Faraid... tajuk feveret kat sek agama dulu selain munakahat... hehehehe. pasni Ustaz Zulkarnain nak kupas dengan lebih mendalam tentang tajuk Faraid..


*satu pesanan untuk sahabat-sahabat, belajarlah ilmu Faraid ni selagi ilmu itu wujud di dunia ini. walaupun ia fardhu kifayah, tetapi natijahnya amat besar jika kita tidak tahu tentang pembahagian harta pusaka ini.

Selasa, 5 Januari 2010

Azam Tahun baru



tahun baru menjelma dengan segala macam pancaroba...
sedar atau tidak, sekarang ini kebanyakan daripada kita terlalu sibuk mengejar urusan keduniaan sehingga terlupa yang agama yang kita cintai sedang di ambang kehancuran...

bermula dengan kemenangan gereja katholik mendapat kebenaran menggunakan nama Allah dalam majalahnya, sehinggalah kepada sambutan tahun baru masihi yang diraikan dengan gilang-gemilang di merata-rata tempat...

apa peranan kita sebagai orang yang mengetahui tentang perkara-perkara yang dilarang oleh agama?
itu kelemahan diri kita.......kita hanya mampu melihat, ataupun paling-paling kuat pun berdemonstrasi....
itu sahaja yang mampu kita lakukan...

kita kena selamatkan dahulu anak-anak kecil yang tidak mengerti lagi apa itu kehidupan...
bimbinglah mereka...
tiidak kira siapa kita, selagi kita bergelar "orang Islam", semua orang Islam adalah saudara kita dan agam kita perlu dipertahankan.