Ahad, 31 Januari 2010

Perginya Seorang Guru


Minggu lepas adalah minggu yang agak busy buat diriku dan ahli-ahli JPUK. Mana taknya, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Tuan Haji Johar Bin Othman akan bersara setelah 20 tahun 8 bulan menabur bakti dalam bidang pendidikan. Bayangkan dalam bulan ni, saya dan rakan-rakan lain kna menguruskan 4 perhimpunan yang agak besar dan memerlukan kami bekerja tanpa mengira masa. Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak semua perhimpunan tu dapat dilaksanakan. apa yang lebih menggembirakan saya ialah pihak pengurusan amat berpuas hati dengan hasil kerja kami dan buat masa ini kami perlu mengekalkan prestasi sedia ada.

berbalik kepada majlis perpisahan Tuan Haji Johar. sebenarnya majlis persaraan Tuan Haji Johar telah bermula pada 27 Januari 2010 dengan Malam Seribu Kenangan. Malam tu saye dapat job untuk jadi waiter.. trm kasih buat kelab staff akademik yang telah menaja bow untuk kami. yang syoknye.. terasa macam waiter profesional plak... padahal 'waiter pelatih je' hehehehe. banyak benda di luar jangkaan berlaku malam tu.. firstly, Encik Roselan Bin Ahmad, Pemangku Timbalan Pengarah yang selama ni saye x pernah tgk die menyanyi, menyanyi satu lagu untuk Timbalan. yang paling x disangka lg, Cik Hajah Salbiah, KJ HEP, pun menyanyi... semuanya atas dasar demi sahabat... begitulah ikatan ukhwah yang amat akrab antara mereka..

pastu 29 Januari 2010 pulak, majlis kemuncak... Timbalan diarak keliling maktab dengan menaiki Hilux KJ JAPIM, Ustaz Tajuddin dengan diiringi konvoi AFZAN BIKERS dan bbudak maktab yang lain... memang agak grand la...Ucapan Haji Johar agak panjang gak... die ckp pasala dah nak bersara tu yang panjang.. ms tu gak ade dua timbalan pengarah IPG zon timur iaitu Haji Zainuddin dari IPGKSM dan Haji Solahuddin dari IPGKDRI.. so kami kna la wat yang terbaik dan kna jg nama baik maktab kami...

*Buat Tuan Haji Johar, saya doakan tuan haji akan sentiasa sihat sejahtera dan yang penting sekali Tuan Haji sentiasa dalam perlindungan yang maha esa. SELAMAT BERSARA CIKGU.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan